Selesaikan masalah penyelarasan dalam Dropbox

Artikel ini mengandungi penyelesaian asas dan lanjutan untuk isu penyelarasan Dropbox. Jika anda menghadapi masalah penyelarasan pada mana-mana peranti, termasuk komputer (Windows atau Mac), telefon (Android atau iPhone), atau tablet anda, atau Dropbox kelihatan seperti tidak berfungsi, gunakan artikel ini untuk menyelesaikan masalah.

Gunakan artikel ini untuk menyelesaikan isu berikut:

  • Dropbox tidak menyelaras, mengemas kini atau memuat semula fail, folder atau folder kongsian.
  • Dropbox tidak "memuat turun" atau tidak "memuat naik", maknanya tidak menyelaraskan atau mengemas kini fail.
  • Dropbox kelihatan seperti telah berhenti menyelaras, tidak lagi menyelaras, atau tersekat semasa mengindeks.
  • Fail mengambil masa yang lama untuk menyelaras, menyelaras dengan perlahan, atau kelihatan sentiasa menyelaras.
  • Anda melihat ralat "tidak dapat mewujudkan sambungan yang selamat" atau mesej ralat penyelarasan lain.
  • Dropbox mengalami penggunaan CPU, memori atau RAM yang tinggi yang tidak dijangka.
  • Anda melihat "ralat keizinan", "akses ditolak", "keizinan ditolak", atau "ditolak oleh pelayan".
  • Anda melihat ralat "Dropbox telah rosak", ralat "OperationalError" atau "BrokenTempDirError".
  • Jika fail anda tidak muncul atau anda tidak melihat fail yang sepatutnya ada, lawati artikel ciri penyelarasan terpilih sebagai tambahan kepada artikel ini.
  • Jika ciri Smart Sync Dropbox tidak berfungsi seperti yang diharapkan, lawati artikel ciri Smart Sync sebagai tambahan kepada artikel ini.
  • Jika anda melihat ikon penyelarasan yang tidak dikenali, seperti bulatan kelabu dengan tanda tolak atau bulatan merah dengan "X", lawati artikel ikon penyelarasan ini sebagai tambahan kepada artikel ini.

Untuk pengenalan asas tentang cara penyelarasan Dropbox berfungsi, lawati artikel gambaran umum penyelarasan ini.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan penyelarasan fail.

Penyelesaian asas kepada isu penyelarasan fail

Banyak isu penyelarasan fail, tidak kira apa pun peranti yang anda gunakan atau apa pun isu tertentu, dapat diselesaikan dengan penyelesaian berikut. 

 Pastikan anda mencari di tempat yang betul

    Berikut ialah semua tempat anda boleh mengakses fail anda dalam Dropbox:

  • Dropbox.com dalam pelayar web pada telefon atau komputer anda
  • Apl desktop Dropbox, yang merangkumi:
  • Apl mudah alih Dropbox pada telefon atau tablet anda

 Tunggu beberapa minit dan periksa semula

    Terdapat banyak sebab penyelarasan ditangguhkan buat sementara. Contohnya, peranti anda mungkin mengalami kesukaran untuk menyambung ke Internet atau fail anda mungkin sangat besar. Tunggu beberapa minit dan kemudian periksa semula.

 Periksa sambungan Internet anda

    Agar fail dapat diselaraskan, Dropbox mesti bersambung ke Internet pada peranti yang digunakan untuk menambah atau menukar fail, dan peranti yang sedang cuba diakses. Pastikan peranti yang anda gunakan bersambung ke Internet. Sebaliknya, jika anda menggunakan data, sambungkan ke Wi-Fi.

 Buka semula aplikasi Dropbox atau muat semula dropbox.com

    Untuk memulakan semula, menyelaras semula, atau memaksa penyelarasan Dropbox, tutup dan buka semula (keluar dan lancarkan semula) apl Dropbox atau muat semula (segar semula) dropbox.com pada peranti anda. Jika anda menambah fail ke folder Dropbox dalam File Explorer (Windows) atau Finder (Mac) dan ia tidak diselaraskan pada dropbox.com atau apl mudah alih, pastikan apl desktop Dropbox dibuka dan berjalan pada komputer anda.

 Tutup apl lain yang sedang dibuka pada peranti anda

    Jika fail Dropbox dibuka dalam aplikasi lain, ia mungkin tidak diselaraskan. Anda mungkin melihat mesej ralat yang menunjukkan fail anda sedang digunakan. Walaupun anda tidak melihat ralat ini, periksa semula dengan menutup semua apl bukan Dropbox.

 Pastikan apl Dropbox anda terkini

 Pastikan anda telah mendaftar masuk ke akaun Dropbox yang betul

 Ikut cadangan nama fail kami

 Mulakan semula komputer atau telefon anda

    Sama ada anda menggunakan komputer, telefon atau tablet, mulakan semula peranti anda dan buka semula apl Dropbox.

  Jika ia fail atau folder kongsian, pastikan anda menambahkannya ke akaun anda, dan tiada sesiapa pun yang telah mengubahnya

    Jika fail atau folder kongsian tidak diselaraskan, pastikan anda menambahkannya ke akaun anda. Jika perubahan yang dibuat tidak diselaraskan, ia mungkin telah dialih, dihapuskan atau dinamakan semula oleh orang yang anda kongsikan fail itu. Periksa akaun anda di dropbox.com untuk melihat jika fail itu masih berada di lokasi asal dengan nama asal fail tersebut, atau periksa dengan sesiapa pun individu yang anda kongsikan fail itu jika mereka telah mengalihkan, menghapuskan atau menamakan semula fail itu.

Penyelesaian lanjutan kepada masalah penyelarasan fail

Jika langkah penyelesaian asas di atas tidak dapat menyelesaikan isu penyelarasan fail anda, cuba beberapa penyelesaian yang lebih lanjut di bawah.

 Berikan keizinan kepada Dropbox dalam perisian tembok api, keselamatan dan antivirus komputer anda

 Periksa sama ada Internet yang anda cuba sambungkan mempunyai sekatan keselamatan

 Jika aplikasi desktop Dropbox menggunakan pemacu keras luaran, periksa sambungan anda

    Jika anda mempunyai folder Dropbox pada pemacu keras luaran, pastikan pemacu keras luaran disambungkan dan dikenali oleh komputer anda. Jika ia disambungkan, dan anda masih menghadapi masalah penyelarasan, alihkan folder Dropbox kembali ke komputer anda buat sementara waktu untuk melihat jika pemacu keras luaran yang menjadi penyebab masalah tersebut. Jika benar, hubungi sokongan.

 Nyahpasang dan pasang semula apl desktop Dropbox

Pastikan anda tidak cuba menyelaraskan fail yang tidak boleh diselaraskan oleh Dropbox

    Terdapat beberapa jenis fail yang tidak boleh diselaraskan oleh Dropbox atau yang menimbulkan isu penyelarasan. Ini termasuklah:  

  • Fail "desktop.ini", "thumbs.db", ".ds_store", "icon\r", ".dropbox" dan ".dropbox.attr".
  • Fail sementara yang dicipta oleh aplikasi (seperti Microsoft Word, Excel atau PowerPoint). Ia biasanya bermula dengan tanda ~$ (lambang tilde dan dolar) atau .~ (noktah dan tilde).
  • Sesetengah jenis fail dan metadata seperti symlink (pautan simbolik), alias, pintasan, titik simpang, pencawang sumber, folder berangkaian, dan atribut lanjutan. Ketahui jenis atribut lanjutan yang boleh diselaraskan oleh Dropbox.
  • Fail yang ditandakan oleh Dropbox sebagai pelanggaran hak cipta, pelanggaran DMCA, atau perisian perosak. Jika ini berlaku, anda mungkin melihat mesej ralat yang mengatakan keizinan telah ditolak atau fail anda telah ditolak oleh pelayan. Jika anda mengesyaki ini punca masalah, hubungi sokongan

 Pastikan Dropbox menyokong peranti dan sistem pengendalian anda

    Semak artikel keperluan sistem kami untuk memastikan peranti dan sistem pengendalian yang anda gunakan disokong oleh Dropbox. Jika tidak, kemas kini sistem pengendalian anda atau gunakan peranti lain.

 Pastikan anda sudah menyimpan apa-apa perubahan kembali ke Dropbox

    Jika fail tidak dikemas kini, dan anda membuat perubahan kepadanya dalam aplikasi bukan Dropbox yang lain, semak semula bahawa perubahan anda disimpan kembali ke Dropbox. Sesetengah aplikasi menyimpan perubahan anda kembali ke Dropbox secara automatik, sementara yang lain perlu disimpan kembali secara manual. Anda mungkin juga sudah menyimpannya di tempat lain pada komputer anda. Cari fail pada komputer anda dengan bar carian dalam bar tugas anda (Windows) atau Spotlight dalam bar menu anda (Mac).

 Pastikan tetapan tarikh dan masa peranti anda tepat

 Pastikan ia bukan fail baca sahaja (Windows) atau dikunci (Mac)

 Lihat adakah anda kehabisan ruang cakera pada komputer anda dan kosongkan ruang

 Kemas kini atau pasang semula apl bukan Dropbox yang anda gunakan

    Jika anda membuat perubahan pada fail dalam Dropbox dengan apl bukan Dropbox, pastikan apl tersebut terkini atau nyahpasang dan pasang semula.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan