Bagaimana untuk menyelesaikan isu lazim berkaitan dengan penyelarasan terpilih

Jika anda mendapat masalah dengan penyelarasan terpilih, pilih pilihan di bawah yang paling menjelaskan isu anda.

Bahagian dalam artikel ini:

Folder saya ada “Percanggahan penyelarasan terpilih“ ditambah kepada namanya

Ketahui apakah percanggahan penyelarasan terpilih dan cara membaikinya.

"Melaksanakan penyelarasan pertama dengan pelayan. Sila tunggu…"

Penyelarasan terpilih tidak tersedia semasa Dropbox dijeda atau dalam proses menyelaraskan fail. Ini bermakna bahawa jika anda sedang menjalankan aplikasi desktop Dropbox buat kali pertama, anda mungkin perlu tunggu sehingga Dropbox selesai mengindeks fail di dalam folder Dropbox anda sebelum anda boleh mengakses tetapan penyelarasan terpilih.

Jika anda nampak mesej "Melaksanakan penyelarasan pertama dengan pelayan. Sila tunggu…" itu bermakna aplikasi desktop Dropbox sedang dalam proses mengindeks fail di dalam folder Dropbox anda, atau anda telah menjeda penyelarasan dari menu Dropbox. Jika salah satu keadaan ini adalah benar, anda boleh pilih untuk tunggu sehingga pengindeksan selesai untuk mengakses tetapan penyelarasan terpilih anda. Jika tidak, pilih Batal untuk mengabaikan mesej ini dan kembali ke tetingkap keutamaan anda. Jika anda telah menjeda penyelarasan, anda boleh sambung semula pada bila-bila masa.

Dropbox akan terus mengindeks (seperti yang ditunjukkan oleh ikon dengan anak panah berputar di atas ikon Dropbox anda) dan anda akan masih dapat melayari dan mengubah keutamaan lain sementara Dropbox selesai.

Keutamaan penyelarasan terpilih tidak boleh dikemas kini

Dropbox mungkin tidak akan mengemas kini keutamaan penyelarasan terpilih anda jika mana-mana yang berikut adalah benar:

  • Pemacu keras anda kekurangan ruang
  • Fail atau folder sedang digunakan
  • Anda menggunakan symlinks atau fail yang dirujuk
  • Anda mempunyai keizinan fail yang salah

Periksa ruang pemacu keras anda yang tersedia

Kemungkinan anda tiada ruang untuk menyimpan data yang diperlukan untuk mengemas kini keutamaan Penyelarasan Terpilih anda. Untuk melihat jika ini situasinya, periksa baki ruang pemacu keras anda. Jika pemacu keras anda sangat rendah dalam ruang cakera, anda mungkin perlu mengosongkan ruang di luar folder Dropbox terlebih dahulu.

Fail atau folder sedang digunakan

Dropbox tidak dapat menyelaraskan folder terpilih jika ia (atau fail di dalamnya) sedang digunakan dalam aplikasi lain. Untuk menyelesaikan isu ini, tutup sebarang aplikasi yang sedang mengakses fail di dalam folder Dropbox anda sebelum cuba mengemas kini keutamaan Penyelarasan Terpilih anda.

Anda menggunakan symlinks atau fail yang dirujuk

Kami tidak menggalakkan anda menggunakan kaedah yang menambah fail rujukan (symlink, titik simpang, atau folder berangkai) ke folder Dropbox. Selain mengganggu dengan kemas kini keutamaan Penyelarasan Terpilih, fail rujukan boleh menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, prestasi penyelarasan rendah, isu keizinan, dan perselisihan penggunaan ruang.

Keizinan fail salah

Jika fail dalam Dropbox anda tiada keizinan yang betul, Dropbox mungkin tidak akan menyelaraskannya. Pilih sistem pengendalian anda di bawah untuk menyelesaikan masalah keizinan fail:

  1. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  2. Klik gambar profil atau huruf nama anda, dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Tekan Kekunci Windows + R (serentak).
  4. Taip cmd dan tekan Enter untuk membuka prom perintah.
  5. Salin dan tampal baris-baris berikut satu demi satu ke dalam prom perintah Tekan Enter selepas setiap satu.
    • Jika lokasi folder Dropbox anda bukan C:\Users\PenggunaAnda\Dropbox, sila ubah suai perintah pertama untuk menghalanya ke lokasi yang sebenar. Contohnya, jika Dropbox anda terletak di D:\Dropbox, tukar perintah kepada:
          icacls "D:\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
    • Tidak kira di mana folder Dropbox anda terletak, perintah lain kekal tidak berubah.
    • Bergantung pada saiz Dropbox anda, operasi ini boleh mengambil lebih masa untuk selesai. Tunggu prom C:\ muncul sebelum beralih ke langkah seterusnya.
          icacls "%HOMEPATH%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      icacls "%APPDATA%\Dropbox" /grant "%USERNAME%":(F) /T
      
  6. Pergi ke menu Mula dan pilih Program Files.
  7. Pilih Dropbox.
  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu anda.
  2. Klik gambar profil atau huruf nama anda, dan pilih Keluar Dropbox.
  3. Buka aplikasi Terminal anda (di /Applications/Utilities/Terminal).
  4. Salin dan tampalkan baris perintah berikut satu demi satu ke dalam Terminal. Tekan return selepas setiap satu.
    • Anda akan diminta kata laluan komputer anda (bukan kata laluan Dropbox anda) selepas memasukkan perintah pertama. Ruang kata laluan dalam Terminal akan tetap kosong semasa anda menaip kata laluan anda. Selepas anda menaipnya, tekan return.
    • Perhatian: Kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda terletak di laluan lalai. Jika anda meletakkan folder Dropbox anda di lokasi lain, gantikan semua ~/Dropbox dengan lokasi lengkap folder Dropbox anda dalam tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, anda perlu gantikan ~/Dropbox daripada arahan berikut kepada "/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
          sudo chflags -R nouchg ~/Dropbox ~/.dropbox ~/.dropbox-master
      sudo chown "$USER" "$HOME"
      sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
      sudo chmod -RN ~/.dropbox ~/Dropbox
      chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
      
  5. Mulakan semula Dropbox dengan mengklik dua kali ikon Dropbox dalam folder Applications anda.
  1. Klik kanan menu Dropbox daripada bar menu anda dan pilih Keluar.
  2. Buka tetingkap terminal dan salin dan tampalkan arahan berikut ke dalam terminal:
    • Penting: Dalam perintah di bawah, kami mengandaikan bahawa folder Dropbox anda terletak di laluan lalai. Jika anda meletakkan folder Dropbox anda di lokasi lain, gantikan semua ~/Dropbox dengan lokasi lengkap folder Dropbox anda dalam tanda petikan. Contohnya, jika folder Dropbox anda terletak di laluan /Volumes/DifferentPlace/Dropbox, gantikan ~/Dropbox daripada baris perintah berikut kepada "https://www.dropbox.com/Volumes/DifferentPlace/Dropbox".
    • Apabila prom Terminal muncul lagi, arahan menyelesaikan tugas yang diminta dan ia bersedia untuk perintah seterusnya. Jika mana-mana perintah mengembalikan ralat atau tidak bertindak balas selepas satu jam, cuba mulakan semula komputer anda dan ulangi langkah-langkah ini.
          sudo chown "$USER" "$HOME"
      sudo chown -R "$USER" ~/Dropbox ~/.dropbox
      sudo chattr -R -i ~/Dropbox
      sudo chmod -R u+rw ~/Dropbox ~/.dropbox
      
  3. Mulakan semula Dropbox dengan pergi ke menu Internet di bawah Applications.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan