Apa yang perlu saya lakukan jika Smart Sync menghadapi masalah?

Jika anda menerima pemberitahuan bahawa Smart Sync sedang mengalami masalah, barang kali sesetengah proses yang diperlukan untuk Smart Sync tidak dipasangkan atau berjalan dengan betul.

Untuk menyelesaikan masalah ini, cuba setiap satu langkah yang berikut mengikut turutan:

  1. Jika anda menggunakan anti-virus atau perisian keselamatan, tambah Dropbox kepada senarai aplikasi yang dipercayai (atau "senarai putih") dalam perisian tersebut.
  2. Keluar aplikasi Dropbox pada komputer anda, kemudian buka semula aplikasi.
  3. Mulakan semula komputer anda.
  4. Pasangkan semula Dropbox dengan keizinan pentadbir untuk membaiki masalah.
  5. Periksa bahawa anda mempunyai tampalan dan kemas kini sistem yang terkini. Windows 7 memerlukan kemas kini keselamatan yang bernama "KB3033929".
  6. Semak jika anda menggunakan aplikasi HIBUN pada komputer yang sama (ada percanggahan yang diketahui antara aplikasi ini dan Smart Sync). Jika anda menggunakan HIBUN, nyahpasang aplikasi ini dan mulakan semula komputer anda untuk terus menggunakan Smart Sync, atau hubungi sokongan Penyelesaian Hitachi.
  7. Hubungi sokongan Dropbox.

Perhatian: Anda tidak perlu melengkapkan semua langkah ini jika salah satu daripadanya menyelesaikan masalah ini.

Artikel ini membincangkan ciri yang tersedia kepada pelanggan Dropbox Plus, Dropbox Professional dan Dropbox Business.

Ketahui lebih lanjut tentang Smart Sync untuk ahli pasukan.

Ketahui lebih lanjut tentang isu Smart Sync.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan