Artikel ini membincangkan mesej ralat berkaitan penyelarasan fail Dropbox. Ralat ini boleh muncul pada folder Dropbox pada komputer anda, atau dalam Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda. Pilih daripada senarai ralat di bawah untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan.
Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Sila beri perhatian sebelum anda bermula
- Artikel ini membincangkan mesej ralat penyelarasan yang khusus, dan bagaimana untuk membaikinya. Jika anda tidak menerima mesej ralat, cuba senarai langkah-langkah penyelesaian masalah umum pula.
- Jika aplikasi Dropbox gagal untuk dibuka, melaporkan anda sedang menjalankan versi lama, atau menunjukkan “OperationalError“ ataupun “BrokenTempDirError,“ maka mungkin terdapat isu dengan aplikasi itu sendiri.
- Dropbox berfungsi paling baik apabila ia adalah satu-satunya aplikasi desktop yang berantara muka dengan folder Dropbox. Kami tidak menyokong menjalankan beberapa aplikasi desktop Dropbox pada komputer yang sama, ataupun aplikasi penyelarasan lain yang berantara muka dengan Dropbox.
Ikon Dropbox mempunyai pemberitahuan berwarna merah
Adakah anda nampak pemberitahuan merah pada ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda? Ini beberapa kemungkinan sebabnya:
- Komputer anda tidak dapat mewujudkan sambungan yang selamat ke Dropbox. (Jika ini menyebabkan isu penyelarasan, anda akan mendapat ralat “Tidak dapat mewujudkan sambungan selamat“).
- Akaun Dropbox anda telah melebihi kuota simpanan. (Untuk melihat sama ada ini yang menyebabkan masalah penyelarasan, klik ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda, klik gambar profil atau tandatangan ringkas anda, klik Keutamaan, kemudian klik Akaun.)
- Untuk membaiki masalah ini: Buangkan fail daripada akaun Dropbox anda, atau naik taraf kepada Dropbox Plus atau Professional
- Untuk membaiki masalah ini: Jika anda sudah mempunyai akaun Plus atau Professional, semak halaman akaun anda untuk memastikan pelan anda belum diturun taraf. Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, minta pentadbir anda semak status akaun pasukan anda dalam Konsol Pentadbir.
“Percanggahan ruang kosong“
Jika anda ada dua nama fail yang hampir sama, anda boleh mendapat “Percanggahan ruang kosong.” Percanggahan ruang kosong bermakna bahawa dua nama fail adalah serupa dengan satu fail mempunyai satu ruang kosong tambahan di hujung nama fail itu. Ketahui lebih lanjut tentang percanggahan ruang kosong dan bagaimana untuk mengelaknya pada masa akan datang.
“Fail sedang digunakan“
Dropbox tidak akan menyelaraskan fail yang sedang “dikunci“ (atau sedang digunakan) oleh aplikasi lain. Apabila Dropbox melangkau fail ini, mesej status dalam menu Dropbox dalam bar tugas/bar menu anda akan melaporkan bahawa fail ini sedang digunakan.
Aplikasi mengunci fail untuk mengelakkan percanggahan berlaku apabila fail dibuka dari satu atau lebih lokasi. Contohnya, Microsoft Office (Word, PowerPoint, Excel, dll...) biasanya mengunci fail yang terbuka.
- Untuk membaiki masalah ini: Apabila anda selesai mengerjakan fail, simpan ia dan kemudian keluar daripada aplikasi yang anda sedang gunakan. Dropbox kemudian akan menyelaraskan fail itu serta-merta.
“Dropbox akan berhenti menyelaras tidak lama lagi kerana ia tidak dapat mengemas kini“
Jika proses DropboxUpdate.exe dilumpuhkan, anda akan mendapat mesej ralat “Dropbox akan berhenti menyelaras tidak lama lagi kerana ia tidak dapat mengemas kini.“
DropboxUpdate.exe adalah proses pembantu yang menyemak versi baru aplikasi Dropbox. Ia akan berjalan semasa pemasangan aplikasi Dropbox, dan sekali setiap jam selepas itu. Jika proses ini menemui versi baru, ia akan mengemas kini secara automatik.
Proses ini mesti wujud pada setiap komputer di mana Dropbox dipasangkan. Jika anda ingin menggunakan Dropbox pada komputer, anda tidak boleh melumpuhkan proses ini.
Dropbox memerlukan akses kepada internet untuk berfungsi. Jika proses pembantu DropboxUpdate.exe tidak dapat menghubungi pelayan kami untuk menyemak kemas kini, Dropbox akan berhenti menyelaras dan anda akan mendapat mesej “Dropbox akan berhenti menyelaras tidak lama lagi kerana ia tidak dapat mengemas kini.“ Terdapat tiga langkah pembaikan yang boleh dilakukan:
- Untuk membaiki masalah ini: Jika anda membuat pengubahsuaian terhadap tembok api atau perisian antivirus anda untuk menjalankan Dropbox, cuba lakukan pengubahsuaian yang sama untuk DropboxUpdate.exe.
- Untuk membaiki masalah ini: Muat turun pemasang aplikasi desktop dan pasangkan semula aplikasi (ini akan mengemas kini anda kepada versi terbaru aplikasi Dropbox, tetapi tidak akan menjejaskan fail atau folder anda).
- Untuk membaiki masalah ini: Pastikan DropboxUpdate.exe dapat mengakses internet untuk menyemak kemas kini.
"Ralat keizinan" dan ralat "akses ditolak"
Semasa menggunakan aplikasi desktop, anda boleh menerima "ralat keizinan" atau ralat "akses ditolak" jika Dropbox tidak dapat menyelaraskan fail-fail tertentu.
Keizinan menentukan orang (atau aplikasi) yang boleh mengakses fail pada pemacu keras anda. Jika keizinan fail tidak membenarkan Dropbox akses kepada fail anda, maka Dropbox tidak boleh menyelaras.
Gunakan menu di bawah untuk memaparkan arahan bagi menyelesaikan ralat keizinan fail pada sistem pengendalian khusus komputer anda. Jika peranti ada diuruskan oleh pentadbir sistem, minta mereka ikut arahan di bawah.
“Keizinan ditolak“ atau “Ditolak oleh pelayan“
Jika anda mendapat mesej “Keizinan ditolak“ atau “Ditolak oleh pelayan“, pertama sekali cuba daftar keluar daripada akaun Dropbox anda dalam aplikasi desktop Dropbox, kemudian daftar masuk semula. Jika ini tidak menyelesaikan isu ini, tetapan anda mungkin dilindungi atau tidak boleh diakses disebabkan oleh masalah keizinan. Jika ini adalah keadaannya, anda boleh membuang tetapan anda menggunakan akaun pentadbir.
Gunakan menu di bawah untuk memaparkan arahan untuk sistem pengendalian komputer khusus anda.