Apabila anda mendaftar masuk ke dropbox.com, anda akan mempunyai akses kepada semua fail dan folder dalam akaun Dropbox anda. Anda juga boleh mengakses aktiviti fail dan folder, pemberitahuan, tetapan akaun dalam talian, serta alat dan ciri tertentu, bergantung pada pelan anda.
Di bahagian atas halaman, anda akan melihat pilihan untuk mencari kandungan, mengakses bantuan dan pengumuman, dan menguruskan tetapan akaun anda. Gunakan bar sisi sebelah kiri untuk menavigasi antara fail dengan folder dengan cepat.
Cari, apl, pemberitahuan, dan tetapan
Di bahagian atas halaman anda boleh mengakses:
Bar sisi sebelah kiri
Anda akan menjumpai akses kepada semua fail dan folder anda dalam bar sisi sebelah kiri. Pilihan yang anda lihat bergantung pada jenis akaun anda.
Utama
Klik Utama untuk mendapatkan akses pantas kepada fail dan folder Dicadangkan, Terbaru dan Dibintangkan anda. Di atas senarai fail, anda boleh mencipta fail dan folder baru dan memuat naik kandungan dari komputer anda.
Semua fail
Klik Semua fail untuk mengakses semua fail dan folder yang anda tambah ke akaun Dropbox anda, termasuk kandungan dalam talian sahaja dan kandungan yang diuruskan dengan penyelarasan terpilih. Layari atau isih fail dan folder anda, dan kongsi, pratonton atau buka dengan pantas.
Klik ">" (anak panah kanan) di sebelah Semua fail untuk mengembangkan senarai semua folder anda dalam bar sisi sebelah kiri. Anda boleh seret dan lepaskan fail dan folder daripada senarai fail utama ke bar sisi sebelah kiri untuk mengatur fail anda dengan cepat.
- Pilih kotak rait di sebelah nama fail atau folder, atau layangkan tetikus ke atasnya untuk membuka atau berkongsi fail dan folder. Klik “…” (elipsis) untuk melihat tindakan lain.
- Klik nama folder untuk membuka serta melihat gambaran umum dan kandungan folder.
- Klik nama fail untuk membuka pratonton dan melihat komen, aktiviti fail dan pilihan lain.
Klik Muat Naik atau + Cipta untuk menambah dan mencipta fail dan folder.
Klik Atur untuk menggunakan Pengaturan berbilang fail, Tetapkan resam penamaan, Cari Pendua atau Tambah automasi.
Untuk meminta fail, klik “…” (elipsis) di sebelah kanan butang Atur.
Untuk melihat versi fail atau folder yang terdahulu, gunakan sejarah versi.
Perhatian: Pelanggan dalam Dropbox Plus, Family, Professional, Standard, Advanced dan Enterprise juga boleh mengakses Dropbox Rewind untuk membuat asal sebilangan besar perubahan dan mengundurkan folder, atau keseluruhan akaun mereka, kepada keadaan sebelumnya.
Foto
Klik Foto untuk melihat, mengakses dan mendapatkan fail foto dan video anda dengan cepat pada satu lokasi terpusat. Sebarang foto atau video yang anda muat naik ke akaun Dropbox anda akan muncul secara automatik di sini.
Perhatian: Halaman Foto hanya tersedia kepada pelanggan dalam pelan Dropbox Basic, Plus, Family dan Professional.
Dikongsi
Dapatkan akses pantas kepada semua fail dan folder yang telah dikongsi dengan anda, atau yang telah anda kongsi dengan orang lain.
- Klik tab Terbaru di bahagian atas halaman untuk melihat kandungan yang dikongsi mengikut tarikh.
- Klik tab Folder atau Fail untuk melihat kandungan yang dikongsi mengikut jenis.
- Klik tab Pautan untuk melihat fail dan folder yang telah dikongsi menggunakan pautan
Anda boleh mencipta folder kongsian baru dengan mengklik Dikongsi dalam bar sisi kiri, kemudian mengklik butang Cipta folder kongsian di atas senarai.
Permintaan fail
Uruskan permintaan fail dan semak berapa ramai penyerah telah bertindak balas dan fail yang telah ditambah.
- Klik tab Dibuka untuk melihat permintaan fail yang masih belum selesai. Klik ikon hantar e-mel (kapal terbang kertas) di sebelah permintaan fail untuk mengongsikannya melalui e-mel. Atau klik ikon pautan (pautan rantai) untuk menyalin pautan yang hendak dikongsi.
- Klik tab Ditutup untuk melihat permintaan fail yang telah luput atau yang telah ditutup. Klik “…” (elipsis) di sebelah nama permintaan untuk membuka semula.
Anda boleh mencipta permintaan fail baru dengan mengklik Permintaan fail dalam bar sisi sebelah kiri, kemudian mengklik Permintaan baru di atas senarai permintaan fail.
Fail terhapus
Akses fail dan folder yang anda hapuskan dari akaun anda, dikelompokkan mengikut tarikh.
- Klik nama fail atau folder untuk memulihkannya. Jika banyak fail telah dihapuskan pada hari yang sama, anda boleh memilih daripada senarai fail untuk memulihkannya.
Dengan mengklik Fail yang Dihapuskan dalam bar sisi sebelah kiri, anda boleh menapis fail yang dihapuskan mengikut tarikh, pengguna dan folder.
Perhatian: Tempoh masa Dropbox menyimpan fail terhapus bergantung pada pelan anda. Ketahui lebih lanjut tentang sejarah versi.
Konsol pentadbir
Pentadbir dalam pelan pasukan boleh menguruskan ahli dan tetapan daripada konsol pentadbir. Pilihan yang anda nampak dalam bar sisi sebelah kiri bergantung pada jenis akaun dan peranan pentadbir anda.
- Statistik: Lihat statistik utama tentang aktiviti pasukan anda serta pintasan kepada tindakan pentadbir yang lazim.
- Ahli: Tambah dan urus ahli individu pasukan anda.
- Aktiviti: Pantau dan laporkan aliran kerja pasukan anda.
- Kandungan: Urus folder kongsian dan folder pasukan milik pasukan anda.
- Kumpulan: Pantau dan urus kumpulan yang diuruskan oleh pengguna dan syarikat.
- Keselamatan: Urus dasar keselamatan untuk pasukan anda, termasuk makluman keselamatan, perkongsian luaran dan kata laluan.
- Pengebilan: Urus pelan anda, lihat invois, ubah kekerapan pengebilan atau kemas kini kaedah pembayaran anda.
- Klasifikasi: Urus dasar klasifikasi data pasukan anda.
- Tetapan: Ubah tetapan keseluruhan pasukan, daripada ahli dan keselamatan hinggalah perkongsian, aplikasi dan ciri-ciri penambahan.
- Bantuan: Akses sumber sokongan kendiri dan hubungi sokongan Dropbox.